RSS Feed

About Me

Saya adalah  full time housewife dan menjalankan home based business secara sepenuh masa. Berkelulusan Diploma Seni Bina dari UTM, Skudai  dan pernah mengikuti pengajian dalam bidang Pembangunan dan Pentadbiran Tanah di UTM. Menubuhkan COL Marketing And Services  pada Jun 2010.

Bidang menghias kek merupakan bidang yang baru diceburi. Lantaran minat yang mendalam terhadap seni menghias kek ini, saya membuat keputusan untuk menjadikan hobi baru ini sebagai satu kerjaya (kerja yang berjaya). Tujuan penubuhan blog ini adalah sebagai medium untuk mempromosikan Kelas Asas Menghias Kek yang saya anjurkan. Selain itu, melalui blog ini juga saya akan berkongsi dengan pembaca pelbagai maklumat tentang bidang menghias kek seperti berkongsi resepi, tips menghias kek, tips perniagaan, pengalaman dan bermacam-macam lagi.

Seni menghias kek merupakan suatu bakat seni yang boleh dipelajari dan dipraktikkan oleh sesiapa sahaja walaupun tidak mempunyai pengalaman atau kelulusan formal dalam bidang ini. Saya percaya, dengan kesungguhan dan sedikit kreativiti, sesiapa sahaja mampu menghasilkan kek yang cantik dan sedap. Untuk melahirkan daya kreativiti itu, kita mestilah menimba ilmu. Terutamanya ilmu pengetahuan yang asas dalam menghias kek ini. Apabila anda telah menguasai ilmu yang asas, barulah bakat seni yang terpendam itu dapat diserlahkan. Seperti anak-anak kecil yang baru hendak belajar membaca, apabila sudah pandai membaca, maka banyaklah lagi ilmu pengetahuan lain yang akan dipelajarinya melalui membaca.

Pada masa kini terdapat banyak kelas menghias kek yang dianjurkan oleh chef-chef atau orang perseorangan. Namun, yuran yang dikenakan agak mahal menyebabkan ramai orang beranggapan bahawa bidang menghias kek ini hanya untuk golongan tertentu sahaja. Menyedari hakikat ini, saya memulakan langkah untuk membuka kelas asas menghias kek dengan yuran yang jauh lebih murah. Melalui kelas ini saya akan berkongsi dengan anda teknik-teknik asas membuat dan menghias kek serta bagaimana anda boleh mengasah bakat tersebut secara self learning. Harapan saya ialah agar ramai lagi wanita (terutama remaja) yang akan menceburi bidang ini, sama ada sebagai hobi atau perniagaan sambilan di rumah, terpulanglah kepada anda…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: