RSS Feed

PENGUMUMAN!!

SALAM SEJAHTERA KEPADA PENGUNJUNG YANG DIHORMATI,

KEDAI ONLINE KEK4U TELAH BERPINDAH KE ALAMAT BERIKUT: 

http://kek4u.blogspot.com/

SILA LAYARI BLOG BARU KAMI UNTUK MENGETAHUI PERKEMBANGAN TERBARU DAN KOLEKSI KEK YANG TERKINI. JANGAN KETINGGALAN UNTUK MENYERTAI CABUTAN BERTUAH “CAKE OF THE MONTH” YANG DIADAKAN PADA SETIAP BULAN. ANDA HANYA PERLU ISIKAN BORANG PENYERTAAN DENGAN LENGKAP SECARA ONLINE DI BLOG. PESERTA BERTUAH AKAN MENERIMA HADIAH SEBIJI KEK ISTIMEWA DAN 5 ORANG PESERTA LAGI AKAN DIPILIH UNTUK MENERIMA KAD DISKAUN PEMBELIAN KEK.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Basket Weave And Roses

Ini adalah kek dengan filling blueberry. Untuk menghias kek seperti ini, tidaklah sukar. Walaupun tidak mempunyai pengalaman, anda boleh membuat hiasan seperti ini. Dengan teknik dan peralatan yang betul, kerja yang nampak sukar, sebenarnya boleh dipelajari dan dipraktikkan dalam masa yang singkat. Jangan bertangguh lagi, jadikan impian anda suatu kenyataan. Daftarlah kelas asas menghias kek dengan kami hari ini, sekian…

Kek Coklat Untuk Anak-anakku…

Taraaa… Kek coklat idaman. Hari ini sempat juga saya menyiapkan kek coklat ini. Pada mulanya saya bercadang nak jual pada kawan, tapi anak-anak dah nampak, tak jadi ler nak jual. Kesian pulak, sebab diorang asyik mintak nak rasa. Decoration kek ni huru-hara sket, sebab buat sambil jaga Affifuddin (anak bongsu baby 8 bulan). Hmmm… saya pun tak sangka dapat menyiapkan kek ini petang tadi, maklumlah jadual harian saya sangat padat. Dari pagi sampai malam. Jaga baby, masak, mengemas, membasuh, hantar dan ambik anak dari sekolah dan macam-macam lagi. Kepada sesiapa di luar sana yang ingin mempelajari cara-cara membuat kek ini, saya mengesyorkan anda mendaftar kelas membuat kek Coklat Ganache. Saya yakin anda boleh membuat decoration yang lebih hebat daripada ini. Semuanya bergantung kepada daya imaginasi dan kreativiti anda. Kalau tak ada idea, jangan risau… kat internet ada banyak sangat gambar-gambar kek coklat yang boleh dijadikan panduan dalam menghias kek. Sekian, bye!


Kek Emergency!!

Semalam dapat tempahan kek hari jadi. Pukul 2 petang baru tempah, saya pun apa lagi, kelam kelibut juga. Pukul 3 petang baru nak start buat. Nasib baik baby tak meragam. So, sempat jugaklah akhirnya saya menyiapkan kek ini. Pada mulanya nak bagi pada pukul 6 petang, last-last pas maghrib baru siap. Selamat Hari Jadi Yang Ke 6 Adik Khaliesa Syuhada!

Yellow Cupcake

 

Bahan-Bahan:

200 gram butter

180 gram gula halus

4 biji telur

220 gram tepung naik sendiri

3 sudu besar tepung kastard

1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara membuat:

Panaskan oven 175°c. Dengan menggunakan mixer, pukul butter dan gula sehingga gebu dan ringan. Masukkan telur sebiji demi sebiji, teruskan putar. Masukkan vanilla dan akhir sekali masukkan tepung naik sendiri yang telah diayak bersama tepung kastard. Sudukan ke dalam papercup yang telah disusun di dalam tray. Bakar pada suhu 175°c selama 20 – 25 minit. Untuk menguji sama ada cupcake telah masak atau belum, cucuk kayu pencungkil gigi ke dalam cupcake. Jika tiada adunan yang melekat, bermakna ia telah masak. Selamat mencuba!

 

Tips : Anda boleh menyimpan cupcake yang tidak habis dimakan di dalam peti sejuk. Letakkan di dalam bekas yang bersih. Panaskan dengan microwave apabila nak makan. Ia tahan selama sebulan jika disimpan dengan elok di dalam peti sejuk.


Kek Span

Keluarga saya sangat suka kek span vanilla. Lebih-lebih lagi kalau dimakan panas-panas. Keluar jer dari oven, terus terbalikkan atas pinggan, bancuh nescafe pastu terus ngap jer. Saya suka menggunakan tepung kek span vanilla ready mix jenama nona. Teksturnya sangat halus, gebu dan padat. Untuk mengadunkan resepinya, saya tidak mengikut instructions yang terdapat pada kotak, tetapi sebaliknya mengikut jadual resepi kek span yang terdapat di dalam buku panduan menghias kek karya Zati Dhati. Gambar di bawah adalah kek span perasa coklat, yang perasa vanilla tak sempat nak snap gambar. Dah kena makan. Berikut adalah resepinya. Selamat mencuba!


Bahan-bahan :

400 gram tepung kek span ready mix jenama Nona

400 gram telur

80 ml minyak masak

80 ml air tapis

(saya menggunakan acuan bulat 9 inci)

Cara-cara membuat :

Panaskan oven pada suhu 180°c. Masukkan semua bahan kecuali minyak ke dalam mangkuk mixer. Putar dengan kelajuan tinggi sehingga pekat dan membentuk (mesti kelajuan tinggi kalau tak, kek tak naik gebu. Pedulikan tahap kebisingan mixer anda, hihiihihhi). Masukkan minyak perlahan-lahan. Putar sebati dalam seminit. Tuangkan ke dalam loyang yang dialaskan kertas di bahagian bawahnya dan bakar pada suhu 180°c selama 30-40 minit atau sehingga masak.

Tips : Cara nak uji kek dah masak atau belum, cucukkan lidi satay atau pisau kecil di tengah kek, jika tiada adunan yang melekat, bermakna kek anda telah masak. Pastikan anda mengujinya selepas 30 minit membakar. Terlalu kerap membuka oven akan menyebabkan kek tidak masak sekata.

Selepas kek masak, sejukkan sebentar dalam 5-10 minit, kemudian terbalikkan di atas pinggan.

Simple Yellow Cake

Hari ini saya mencuba satu resepi kek yang diambil dari laman web Wilton.com. Resepinya sangat mudah disediakan dan sesuai dibuat sebagai ‘hamparan kanvas’ untuk berlatih membuat hiasan kek. Anda boleh membuat 2 hingga 3 biji kek mini (bergantung kepada saiz acuan/ loyang) bagi satu adunan kek ini. Kos bahannya juga tidaklah mahal. Selain itu, anda boleh juga menggunakan adunan ini untuk membuat cupcake, kek marble atau kek 3D menggunakan acuan khas kerana ia sangat mudah dikeluarkan daripada acuan setelah masak. Selamat mencuba!

Bahan-bahan

3 cawan tepung kek

2 1/2 sudu kecil serbuk penaik

1/2 sudu kecil garam halus

1 3/4 cawan gula

2/3 cawan butter atau margerine ( saya guna butter )

2 biji telur

1 1/2 sudu kecil esen vanilla

1 1/4 cawan susu cair

Saiz hidangan : 12 orang

Cara-cara :

Panaskan oven 180°c. Lenserkan loyang/ acuan dan lapik dengan waxed paper atau parchment paper. Sat ukan tepung kek, serbuk penaik dan garam, asingkan. Dengan menggunakan mixer, pukul gula dan butter/ margerine sehingga ringan. Tambahkan telur satu persatu dan vanilla. Teruskan pukul sehingga sebati, gebu dan ringan tetapi jangan terlalu lama. Dalam 3 minit dengan kelajuan sederhana. Kemudian masukkan campuran tepung tadi berselang-seli dengan susu cair. Pukul dalam satu minit, dan tuangkan ke dalam acuan/ loyang. Bakar pada suhu °180 selama 30 – 35 minit atau sehingga masak. Setelah masak, sejukkan kek dalam acuan/ loyang di atas wire racks selama 10 minit. Selepas itu ba rulah dikeluarkan
daripada acuan/ loyang dan biarkan ia benar-benar telah sejuk barulah diletakkan filling atau buat frosting seperti yang dikehendaki.

Tips : Waktu membakar adalah bergantung kepada bentuk atau kedalaman acuan. Saya mengambil masa 40 minit masa membakar kerana menggunakan acuan bersaiz 9x 3.5 x 3 inci. Jika anda tidak pasti, cucukkan lidi satay atau pisau kecil yang panjang ke dalam kek setelah 30 minit membakar. Jika terdapat kesan adunan yang melekat pada lidi @ pisau tadi, ini bermakna kek anda masih belum masak. Tambahkan masa 10 minit lagi, kemudian uji lagi sekali sehingga tiada kesan adunan yang melekat pada lidi @ pisau. Jangan menguji terlalu kerap, kerana adunan yang ‘bergoyang’ dalam acuan boleh menyebabkannya menjadi batat atau jadi seperti bingka. Selamat mencuba!


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.